Salam Ramadan yang Bakal Tiba. 🌙
Dah bersedia nak sambut Ramadan dengan lebih sihat dan bertenaga?
Aha! Istimewa kali ini Eskayvie datangkan khas kurma berkualiti dari Madinah, hanya untuk anda semua. 🤗
Makanan sunnah tinggi antioksidan dan tinggi serat ini diketahui sangat baik untuk memelihara kesihatan dan pencernaan sepanjang Ramadan ini.
Kurma Ajwa sangat enak dinikmati sewaktu berbuka dan bersahur.
Kombinasi tekstur lembut dan keringnya memberikan rasa manis yang halus di mulut
dan terkenal memiliki sifat penyembuhan. Rasulullah SAW bersabda
“Sesungguhnya pada kurma Ajwah ‘Aliyah itu ada ubat penyembuh atau ia merupakan ubat penawar bagi racun,
apabila dimakan pada awal pagi.” [HR Muslim (2048)
Bagi pencinta rasa manis, nikmati kurma Sukkary sepanjang Ramadan ini.
Anda pasti dapat merasai kelazatan, kemanisan dan kelembapan kurma Sukkary yang dapat memberikan tenaga dengan cepat selepas berbuka.
Dapatkan kebaikan amalan makanan sunnah dan nikmati bersama yang tersayang. Pastinya, Ramadan menjadi lebih bermakna.